Sunday, April 11, 2010

Wednesday, April 7, 2010

TEORI ASAS PERGERAKAN

KAF 2023 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN

TEORI ASAS PERGERAKAN


DI SEDIAKAN OLEH :

NURLIYANA BINTI AHMAD KHATIB D20082033993

NOR FAIZAH BINTI HASBULLAH D20082033994

MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT D20082034003

NURMAIZATULAILI BINTI SAIDI D20082034012


NURULHUDA BINTI ABDUL RAHMAN D20082034108

DEFINISI

Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.

sambungan…

Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh dilakukan.

Konsep pergerakan melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid-murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang pelbagai jenis pergerakan badan.

4 KONSEP PERGERAKAN

Kesedaran Tubuh Badan

Kesedaran Ruang

Kesedaran Beban

Kesedaran Masa

Kesedaran Tubuh Badan

Keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai

Memberi tumpuan gerakan kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

Pindahan berat antara anggota badan

Pelbagai bentuk yang boleh dilakukan oleh badan.

Kesedaran Ruang

Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am.

Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.

Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

sambungan..

a) Aras – tinggi, sederhana, rendah

b) Arah – hadapan, belakang, sisi atas dan sisi bawah.

d) Ekstensi – mengecil, membesar, jauh dan dekat.

c) Aliran – awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig zag

Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian seperti :-

Kesedaran Beban

Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan

Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang.

a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

Kesedaran Masa

Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta.

b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.

a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik.

MUZIK DAN PERGERAKAN

KAF 2023 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN(KAF 2023)

MUZIK DAN PERGERAKAN

DI SEDIAKAN OLEH :

NURLIYANA BINTI AHMAD KHATIB D20082033993
MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAMAT D20082034003
NOR FAIZAH BINTI HASBULLAH D20082033994
NURMAIZATULAILI BINTI SAIDI D20082034012
NURUL HUDA BINTI ABDUL RAHMAN D20082034108

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

DEFINISI PERGERAKAN

Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “ melakukan” (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.


Pergerakan adalah perlakuan / aksi individu yang boleh berlaku secara

Automatis

Spontan

Terurus ( melibatkan perancangan yang lebih tersusun ) melalui postur, gerak isyarat dan pelbagaipergerakan badan

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik. ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘non verbal'. Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP:

Emosi
- Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.

Kognitif
- Meningkatkan daya pendengaran
- Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.

Kegembiraan
- Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak.


Fizikal
- Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.
- Meningkatkan kemahiran motor.
- Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan.

Keyakinan diri.
- Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.

Kreativiti.
- Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

5 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks

Gerakan mengikut lirik lagu

Gerakan asas dengan muzik

Interpretasi muzik dengan gerakan

Gerakan bebas dengan muzik

Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema

PENDEKATAN DALCROZE

Irama adalah pendekatan asas dalam pendidikan muzik

Irama dan pergerakan berkaitan dengan kehidupan murid/kanak-kanak

Elemen irama dan dinamik-berkait rapat dengan pergerakan

Kesemua degree dalam tempo-ellegro, andante, accelerando dan ritardando dapat dialami,
difahami, dan diekspresikan dengan badan

PENGLIBATAN

Eurhythmics memerlukan penglibat individu secara total/menyeluruh. Ia melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secara total di mana individu perlu

Mendengar

Merasai (feel)

Berimaginasi kuat( strong imagination)

Menginterpretasi bunyi

Bertindak/respon/bergerak

KECERDASAN MUZIK

Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan mencipta muzik .

Sensitif dengan bunyi dipersekitaran.

Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.

KECERDASAN KINESTETIK

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.

Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh.

Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi pergerakan fizikal dengan mental.

PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK

Lahir- 4 bulan (umur)

(perkembangan)
Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.


4- 8 bulan (umur)

(perkembangan)
Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik.


10-18 bulan (umur)

(perkembangan)
Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.


18 bulan – 2 tahun (umur)

(perkembangan)
Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.


2 - 3 tahun (umur)

(perkembangan)
Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.


3 1/2- 4 tahun (umur)

(perkembangan)
Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat.


4 – 5 tahun (umur)

(perkembangan)
Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.


5 – 6 tahun (umur)

(perkembangan)
Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.

MENYANYI

Lahir – 4 bulan (peringkat umur)


Tangisan pertama bayi adalah ‘muzik’: Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, bubling, jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara seperti “ba-ba-ba.”


6 – 18 bulan (peringkat umur)


Bercakap makin meningkat, memuatkan ciri-ciri muzikal lebih jelas: ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.


18 bulan – 3 tahun (peringkat umur)


Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunakan suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.


3 ½ - 4 tahun (peringkat umur)


Ketepatan dalam persamaan ton bermula: sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.


4 – 5 tahun (peringkat umur)


Ketepatan menyanyi meningkat: anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.


5 tahun ke atas (peringkat umur)


Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat: Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK

6 – 9 bulan (peringkat umur)


Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.


18 bulan – 2 tahun (peringkat umur)


Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.


2- 3 ½ tahun (peringkat umur)


Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.


4- 5 tahun (peringkat umur)

Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.

CONTOH PERALATAN MUZIK






marakas

tamborin

kerincing

kastanet

tik tok

gendang

BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN


SELENDANG

REBEN

GELUNG

BEANBAGS

Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas

Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak kurang upaya

Muzik dan pergerakan penting untuk semua kanak-kanak termasuklah kanak-kanak kurang upaya.

Guru haruslah membuat pengubahsuaian terhadap aktiviti yang dijalankan.

Membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka sebebas mungkin dan dapat memberikan pengalaman kepada mereka.
Sediakan helmet sebagai alat keselamatan untuk kanak-kanak semasa melakukan pergerakan.

Berikan isyarat tangan semasa menghadapi kanak-kanak dalam pengajaran yang anda buat.

Menggalakkan kanak-kanak di kerusi roda menggunakan isyarat ekspresi wajah untuk mewakili apa yang mereka rasakan.

Memberikan penggunaan deria rasa untuk kanak-kanak yang cacat penglihatan dan penggunaan penglihatan untuk kanak-kanak yang cacat pendengaran.
Memasangkan kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak lain yang dapat meningkatkan peribadi dengan penggunana lisan.

Menyediakan karpet untuk kanak-kanak supaya memiliki kesedaran akan batas-batas dalam ruangan umum untuk melakukan pergerakan.

Biarkan kanak-kanak dengan gerakan jari terhad untuk menggunakan bahagian tubuh lain ketika meniru jari.

Jika tidak yakin merancang muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas, dapatkan nasihat daripada pakar yang berpengalaman.

Teknik mengajar yang baik untuk kanak-kanak berkeperluan khas

Guna banyak pendekatan yang berbeza dengan pelbagai media untuk meningkatkan variasi dan kelajuan.

Guna segmen-segmen kecil.

Membangun keakraban, memberi pengalaman.

Menyediakan pilihan kegiatan yang sesuai.

Cuba melakukan pergerakan yang sukar tapi dapat diikuti oleh kanak-kanak.

Mengenali perbezaan dalam pemerhatian.

Elakkan rangsangan berlebihan atau aktiviti yang panjang.

Ingat keseimbangan dalam aktiviti.

Mengelak daripada melakukan kejutan.

Membangun kejayaan kepada kanak-kanak.

Muzik dan gerakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khusus

kanak-kanak ketidakupayaan atau kegagalan belajar
Merujuk kepada kecacatan kanak-kanak seperti disleksia, masalah pendengaran dan masalah penglihatan, gangguan perhatian dan masalah ingatan dan sebagainya.

Kanak-kanak dengan Attention deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) tidak boleh duduk atau turut serta dalam kegiatan muzik yang lama dengan ahli kumpulan lain.

Salah satu cara guru-guru dapat membantu mereka untuk fokus pada gerakan muzik dan pergerakan adalah membawa mereka ke lokasi tertentu dan memuji mereka untuk tetap pada tugas.

Melakukan muzik dan aktiviti gerakan secara individual.
memberikan headphone untuk kanak-kanak untuk mendengar muzik atau memperkenalkan mereka kepada komputer animasi dengan iringan muzik sebagai cara untuk membantu kanak-kanak dalam melakukan pergerakan dalam muzik.

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL

BAYI(INFANTS)

Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik.

Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga.

Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.

Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Stimulasi pendengaran bayi

Sejak lahir hingga 1 tahun, kebanyakkan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka.

Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka.

Muzik merupakan pengalaman yang tak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran mendengar.

Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.

KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS)

Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik.

Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya.

Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut.
Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak.

Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan.

PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK & PERGERAKAN

Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak.

Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema “anggota badan”.

Sediakan aktiviti yang fleksibel

Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka.

Gunakan bahasa yang mudah difahami.

Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.
Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti:

Menghentak kaki

Menepuk tangan

Memetik jari

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 3 TAHUN

Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak 3 Tahun

Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan.

Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik.

Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik

Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan

Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka, memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga.

Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak.

Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai permainan drama dan khayalan.

Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan kayu stick.

Panduan Mengajar Muzik Untuk Kanak-kanak 3 Tahun

Muzik yang dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka.

Mengajar dalam kumpulan yang kecil .

Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan nyanyian spontan seketika.

Memperkenalkan alatan muzik satu persatu kanak-kanak dan membunyikan alat tersebut.

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 – 8 TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY)

Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik

Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik

Antaranta ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi

Tahap perkembangan (Low level)

Antara akitiviti yang dilakukan ialah

Berguling

Meniarap

Mengesot

Berjalan sambil mengheret kaki

Bergerak ke belakang dan depan

Tahap perkembangan (Middle level)

Antara aktivit yang boleh di lakukan ialah

Merangkak

Duduk mencangkung

Lompat katak

Berjalan dengan empat kaki

Tahap perkembangan (High level)

aktiviti yang boleh di lakukan

Langkah seperti raksaksa

Dapat menggunakan tongkat Pogo

Berjalan sambil memegang bendera

Berjalan menggunakan lutut

Dapat melompat dan berlari

Berlari dan berhenti

Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi

Pergerakan dapat menggambarkan perwatakan kanak-kanak

Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi)

Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan

Mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan

Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya

Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan

Meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan
Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan

Muzik dan pergerakan dan bahasa seni

Perkembangan bahasa

Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak
Dapat membantu kanak-kanak memezakan antara perkatan, huruf dan suku kata
Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa
Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan penguasaan bahasa mereka

Muzik dan kemahiran membaca

Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka

Muzik, pergerakan dan matematik

Puzzle dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran matematik mereka
Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang

Besar dan kecil

Panjang dan pendek

Tinggi dan rendah

Awal dan lambat

Sikit

Banyak

Sekali

Kumpulan dll

Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan membesar dan mengecilkan badan mereka

kesimpulan

Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program pra sekolah.

Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu di pelbagaikan.

Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar.

Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.