Friday, March 26, 2010

DEFINISI PERGERAKAN

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

KEPENTINGAN PERGERAKAN

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.



TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.

Kecerdasan Kinestetik

Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.

Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.

Kecerdasan Logik-Matematik

Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.

Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal.


PENDEKATAN DALCROZE

Pengenalan

Kaedah Dalcroze telah diasaskan oleh Emiles Jaques-Dalcroze (1865-1950), seorang pemuzik dan pendidik muzik berbangsa Swiss. Kaedah ini melatih kemahiran dalam konsep-konsep muzik yang asas seperti irama, ton, dinamik dan bentuk.
Terdapat 3 element utama dalam kaedah ini iaitu eurhythmics, kaedah sofla dan improvisasi. Keupayaan untuk menunjukkan ekspresi terhadap konsep muzik melalui gerakan merupakan prinsip utama dalam kaedah ini. Dalcroze berpendapat bahawa badan manusia merupakan alat muzik semulajadi yang paling sesuai untuk menerapkan konsep-konsep asas muzik. Oleh itu, beliau telah mehasilkan 3 elemen yang berasaskan pergerakan dan gabungan daripada 3 komponen tersebut telah menghasilkan kaedah pengajaran yang kreatif ini.

Walaupun kaedah ini telah diperkenalkan lebih daripada 100 tahun yang lepas, namun kaedah ini masih dapat dipraktikkan pada nasa sekarang. Falsafah pendidikan yang terkandungdalam kaedah ini yang melibatkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid, member peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pengetahuan melalui pengalaman dan penemuan sejajar dengan teori pendidikan kini.

Falsafah, Konsep dan Teknik

Semasa Dalcroze menjadi professor di Conservatory Of Music di Geneva, beliau mendapati bahawa ramai pelajar muzik tidak dapat merasai dan melahirkan emosi terhadap muzik yang dimainkan walaupun mereka telah menguasai kemahiran dan teknik permainan alat muzik. Malah mereka mempunyai masalah dalam memainkan irama yang ringkas, mengalami masalah ketepatan pic dan intonasi. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu pendekatan untuk member pendidikan muzik yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar muzik.

Pendekatan Dalcroze erdasarkan 2 prinsip iaitu kepentingan pendengaran dan literasi muzik selepas kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal. Dalcroze tidak setuju dengan cara pengajaran pembelajaran muzik yang hanya menekankan literasi muzik di mana teori muzik di ajar secara ‘atas kertas’. Pada pendapat beliau muzik berkait rapat dengan muzik dan kanak-kanak tidak dapat ‘mendengar’ bunyi muzik dengan cara pembelajaran sebegini. Beliau percaya bunyi muzik harus diperkenalkan dalam kelas teori supaya kanak-kanak dapat dikaitkan apa yang dipelajari dengan bunyi. Oleh itu, pendengaran menjadi elemen penting dalam kaedah Dalcroze.

Seperti Kaedah Kodaly dan Orff, Dalroze juga berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran muzik harus bermula dengan pengalaman muzik yang bermakn. Pembelajara muzik tidak boleh dilakukan dengan pengenalan notasi formal dan penerangan guru sahaja. Beliau percaya bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal yang mencukupi dan telah menguasai konsep-konsep muzik dalam aspek pendengaran dan persembahan, barulah guru mengaitkan pengetahuan dan kefahaman kanak-kanak tehadap konsep muzik dengan notasi, teori, analisa dan sebagainya. Proses ini dapat menjamin kanak-kanak dapat memahami konsep muzik secara mendalam dan berkesan. Prosese pengajaran dan pembelajaran notasi dan teori akan menjadi lebih mudah dan cepat apabila kanak-kanak telah mempunyai pengalaman muzikal.

3 aspek utama dalam pendekatan Dalcroze ialah eurhythmics, nyanyian sofla dan improvisasi. Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan berpusatkan aktiviti gerakan keran Dalcroze percaya bahawa cara yang paling berkesan untuk mempelajari konsep asas muzik seperti irama adalah melalui gerakan.

Eurhythmics merupakan aktiviti kinetic yang melatih badan kanak-kanak untuk bergerak terhadap muzik yang diperdengarkan. Dalam erti kata lain, eurhythmics adalah respon badan terhadap konsep muzik yang diperkenalkan. Dalcroze berpendapat bahawa semua elemen dapat dirasai melalui gerakan dan semua bunyi muzik mempunyai ciri pergerakan. Oleh itu, untuk menguasai pergerakan dalam bunyi muzik, badan manusia adalah alat muzik yang dapat dilatih untuk mencapai tujuan tersebut. Selain daripada itu, elemen-elemen muzik seperti detik, tekanan, frasa, dinamik, tempo dan sebagainya juga dapat ditunjukkan melalui gerakan badan.

Terdapat 3 jenis gerakan yang dapat dilakukan iaitu gerakan setempat, gerakan menggunakan aras dan gerakan menggunakan ruang. Contoh untuk bergeraka setempat ialah menepuk, mengoyangkan badan atau anggita badan, membengkokkan lutut, merenjis dan lain-lain. Gerakan yang menggunakan aras pula merujuk kepada gerakan yang dapat dilakukan pada aras tinggi, tengah dan pada aras rendah seperti angkat tangan dan hayun, merenjis dan sebagainya. Gerakan yang menggunakan ruang menggalakkan individu bergerak menggunakan ruang di sekelilingnya pada semua arah seperti berjalan, merangkak, melompat, bergalop dan lain-lain lagi.

Elemen kedua iaitu kaedah nyanyian Sofla bertujuan untuk melatih kemahiran pendengaran secara dalaman (inner hearing) dan memperkenalkan konsep harmoni. Dalcroze berpendapat bahawa kaedah nyanyian sofla, kanak-kanak dapat mempelajari konsep pic dan kaitan antara ton. Dengan cara-cara inin kanak-kanak akan dapat membezakan kualiti ton yang dihasilkan. Dalcroze menggunakan system “Do Tetap” di mana do yang digunakan adalah berasaskan not C. aktiviti nyanyian sofla juga dikaitkan dengan aktiviti gerakan supaya kanak-kanak dapat merasai kaitan antara pic.
Elemen ketiga iaitu improvisasi memainkan peranan yang penting dalam pendekatan Dalcroze. 2 jenis improvisasi terlibat dalam pendekatan ini. Improvisasi oleh guru dengan menggunaka piano dapat member panduan yang asas kepada kanak-kanak dalam kemahiran pendengaran dan menggerakkan semangat kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif. Improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk menunjukkan pemahaman terhadap konsep muzik yang telah dipelajari secara kreatif dan spontan. Kanak-kanak membuat improvisasi dalam gerakan, nyanyian dan permainan alat muzik. Pemahaman yang sebenar terhadap muzik dapat ditunjukkan dalam kemahiran seseorang memanipulasikan konsep muzik. Melalui improvisasi yang dilakukan oleh kanak-kanak, guru-guru juga dapat menilai sejauh manakah kanak-kanak telah memahami konsep yang disampaikan dan merancangkan aktiviti susulan yang berkesan.


TAHAP ASAS AWAL MUZIK DAN GERAKAN PERKEMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Sebelum anda mula memikirkan cara-cara untuk merancang dan melaksanakan gerakan dan pengalaman muzik bagi anak-anak, penting untuk memahami dasat atau tahap awal perkembangan muzik peringkat kebangsaan. Mendengarkan dan bergerak mengikut music, menyanyi dan bermain alat muzik memberikan gambaran deskriptif perkembangan muzik bermula lahir hingga 5 tahun yang telah digariskan oleh Music Educators National Conference (MENC) menyatakan mengenai pembelajaran muzik untuk kanak-kanak.

Peringkat Kebangsaan untuk Pendidikan Muzik

Taman Kanak-kanak (2-4 tahun)

Perkembangan muzik amat penting kepada anak-anak sebelum di hantar ke taman kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan persekitaran muzik untuk membesar. Dengan meningkatnya jumlah tempat perjagaan anak, penjagaan anak sekolah, dan program-program intervensi awal untuk kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak berisiko tinggi menunjukkan bahawa maklumat tentang keperluan muzik bayi dan anak-anak perlu disediakan dan juga peringkat-peringkat muzik patut ditetapkan untuk pembelajaran muzik anak-anak.

MENC’ menyatakan:

1.Semua kanak-kanak mempunyai potensi muzik.
2.Anak-anak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan dalam mempelajari muzik
3.Anak-anak yang masih kecil mampu mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis melalui idea-idea muzik.
4.Anak-anak yang belajar muzik sejak awal dari pelbagai latar belakang.
5.Anak-anak perlu pengalaman sebagai contoh dari bunyi muzik, aktiviti dan bahan-bahan.
6.Anak-anak tidak boleh dibebani dengan keperluan untuk memenuhi matlamat prestasi.
7.Bermain adalah aktiviti anak-anak.
8.Anak-anak belajar dengan baik dalam persekitaran fizikal dan social
9.Persekitaran pembelajaran yang pelbagai amat diperlikan untuk memenuhi perkembangan anak-anak.
10.Anak-anak memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan.


BERGERAK MENGIKUT MUZIK

Umur Perkembangan

Lahir- 4 bulan Kesedaran muzik bermula:
bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.

4- 8 bulan Kesedaran muzik menjadi lebih aktif:
bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah kearah sumber muzik.

10-18 bulan Kecenderungan terhadap ekspresi muzik:
bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

18 bulan – 2 tahun Eksplorasi bunyi muzik meningkat:
bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Dia mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.

2 - 3 tahun Mula menari:
kanak-kanak bertatih berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Dia menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang dia boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.

3 1/2- 4 tahun Ekspresi diri melalui muzik meningkat:
pada tahap ini, berubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat. (muzik amat penting baginya untuk mengekspresikan dan mengkomunikasikan idea dan emosi untuk mengembangkan kemahiran bahasa.

4 – 5 tahun Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik:
anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.

5 – 6 tahun Keselarasan gerak tari bermula:
meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Dia mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat, melompat dengan satu kaki, dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Dia juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.


MENYANYI

Peringkat umur

Lahir – 4 bulan Tangisan pertama bayi adalah ‘muzik’:
Tangisan bayi pertama bayi sangat penting untuk mengekspresikan keperluan dan perasaan. Mereka dapat membezakan pic, kelantangan dan pola-pola berirama. Secara berperingkat, bayi mula melakukan percubaan dengan suara yang lain: dia berbisik, kumuran, jeritan dan mula ‘bercakap yang bukan-bukan’ mengulangi suara seperti “ba-ba-ba.”

6 – 18 bulan Bercakap bukan-bukan makin meningkat, memuat karakteristik muzikal lebih jelas:
ketika kanak-kanak terus untuk bereksperimen dengan membebel suaranya menjadi aktiviti kegemarannya. Ketika ini bayi dalam lingkungan pic, keamatan nada suara semakin meluas, muncul aktiviti yang mennyerupai lagu. Jangan hairan jika pada satu masa bayi mampu mengulangi pic anda menyanyi dengan not yang sama.
18 bulan – 3 tahun Mula menyanyi dengan betul: terdengar bayi merapu dengan merdu seperti betul-betul lagu ketika sedang bermain. Dia mungkin menyanyikan sebuah sajak yang mudah diingat, menggunaka suku kata atau hanya cakap kosong ketika bermain. Dia mungkin juga meminati lagu-lagu yang diminati oleh anda, ia sangat meminati lagu-lagu biasa dan meminta anda untuk menyanyikan berulang-ulang.

3 ½ - 4 tahun Ketepatan dalam persamaan ton bermula:
sekarang anak mula menyanyi hampir sama dengan orang dewasa. Dia mungkin secara spontan mencipta lagu sendiri, meskipun kata-kata yang sering berulang-ulang dan lagu mungkin sangat mirip dengan lagu-lagu yang dia tahu.

4 – 5 tahun Ketepatan menyanyi meningkat:
anak mula menunjukkan peningkatan kawalan suara dan anggaran lebih dekat nada dan irama. Kadand-kadang dia mencipta lagu ketika bermain dan boleh menggunakan lagu untuk menarik perhatian ornag lain. Dia menunjukkan lebih berminat dalam kumpulan menyanyi dan mungkin suka menikmati giliran menyanyi sendirian. Dia berasa bangga dengan kemampuannya untuk mengenal pasti melodi kegemarannya.

5 tahun ke atas Repertoir lagu makin berkembang, pengiktirafan dan penghargaan meningkat:
Kebanyakan anak kini menghasilkan lagu-lagu mudah.

BERMAIN ALAT MUZIK

Peringkat umur

6 – 9 bulan

Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia: koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. Dia suka memanipulasika benda-benda untuk mencapainya dan adalah tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi dengan objek. Dia akan tekan, tending atau memukul hampir semua benda yang berada di sekilingnya untuk menghasilkan bunyi.

18 bulan – 2 tahun

Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi: Anda mungkin pernah melihat anak-anak berupaya mendapatkan objek tertentu seperti cawan, mangkuk, dan peralatan-peralatan lain untuk menghasilka bunyi.

2- 3 ½ tahun

Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat: pada tahap ini, ketika anak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman, berikan padanya mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik seperti zilofon, drum, paip, rebana atau marakas. Permainan alat muzik tidak seharusnya mahal. Bahkan, anda boleh membuatnya sendiri dengan kopi(drum), botol (rebana) dan sebagainya.

4- 5 tahun

Anak mula melakukan percubaan dengan alat muzik yang sebenar: Pada tahap ini, anak boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik dan boleh memainkan pelbagai irama muzik, baik untuk mengiringi lagu atau dendangan muzik atau mencipta lagu sendiri.



ALAT MUZIK UNTUK ANAK-ANAK

Membuat muzik dengan memainkan alat muzik boleh menjadi salah satu bahagian yang paling menarik daripada pengalaman muzikal. Anak-anak bergerak balas terhadap alat muzik, dan mereka suka membuat percubaan dengan pelbagai nada bunyi daripada kayu, drum, simbal, loceng, dan pelbagai alat lain. Alat irama, yang nyata adalah alat muzik, banyak memberikan kesempatan kepada kanak-kanak untuk fokus pada eksplorasi kreatif. Setiap alat berbeza, mereka mudah digunakan dan mereka boleh dimainkan dengan pelbagai cara yang menarik.

Alat muzik

Segitiga (tringles)
-Yang bergantung pada seutas tali dengan bebas. Ia mengetuk dengan lembut. Segitiga ini menghasilkan bunyi yang indah.
Claves

-claves yang tebal dan sempurna diperbuat daripada kayu keras. Letakkan satu clave di telapak tangan anda dan lagakan dengan clave lain.
Irama kayu(rhythm sticks)

-dimainkan secara berpasangan. Ia boleh menjadi halus atau bergerigi. Dimainkan dengan memegang satu irama kayu dan memukul dengan yang lain, atau menggosokan sepanjang kayu tersebut.
Blok kayu ( wood blocks)

-kecil, blok kayu yang berongga menghasilkan bunyi yang bergema. Ketuk blok kayu ringan dengan kayu atau penukul getah keras.
Maracas

-dicipta daripada labu (atau plastic keras) dan dipenuhi dengan biji atau batu kerikil. Goyang dengan perlahan, mengikut jeda untuk menghasilkan irama.
Gendang (dram)

-menghasilkan pelbagai jenis bunyi, bergantung pada bagaimana ia dimainkan. Gendang boleh dimainkan dengan jari, tangan, atau buku jari atau dengan paluan. Bunyi gendang terbaik ketika dipukul dengan sentuhan melenting cepat sehingga kulit di atas gendering boleh bergaung.
Jingle bells

-dipasang pada plastik atau kain dan boleh digoncang dengan tangan atau diikat pada pergelangan kaki atau pergelangan tangan.
Rebana (tambourines)

-kegemaran anak-anak kecil. Dilengkapi dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu atau plastic dengan plastic atau kulit gendering dan set kecil alat bunyian yang diletakkan disekeliling rebana. Anda boleh mengetok dengan tangan atau jari, menggoncang rebana atau mengabungkan kedua-dua tindakan tersebut.


BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

Bahan Cara menggunakan

Syal/ selendang (scarves)

-berikan syal yang ringan kepada kanak-kanak, berwarna warni supaya syal tersebut dapat bergerak ke atas dan ke bawah dan juga di sekeliling tubuh badan mereka. Selain itu, juga boleh menggerak-gerakkan selendang bolak-balik dengan cepat, melambai-lambai berulang-ulang mengikut irama. Kanak-kanak juga boleh berputar dalam lingkungan syal, mencampakkan syal dan menagkapnya. Guru perlu membimbing kanak-kanak supaya menggunakan syal dengan cara pergerakan yang sesuai mengikut muzik. Mereka akan bergerak bebas di persekitaran untuk melakukan aktiviti ini.
Pita (streamers)

-untuk nampak lebih menarik, kanak-kanak boleh menggunakan pita yang panjang. Ia akan bergerak dan bergoyang mengikut pergerakan yang dilakukan. Apabila di letakkan di lantai….
Gelung (hoops)


Beanbags

-Anda boleh menempatkan beberapa bulatan di lantai dan membiarkan anak-anak mempelajari pelbagai cara untuk bergerak di dalam lingkaran, dalam dan keluar daripada lingkaran, dan di luar gelung tersebut. Dorong anak anda untuk bereksperimen dengan memasukkan sebahagian tubuh mereka di dalam lingkaran dan sebahagian tubuh lain di luar. Misalnya, meminta anak-anak, "anda boleh meletakkan kedua kaki di dalam lingkaran dan membiarkan tangan anda berjalan-jalan di luar lingkaran itu?" Mereka juga boleh menggunakan gelung untuk melompat dengan menggangap gelung tersebut sebagai tali untuk melatih kemahiran melompat.

Berikan beanbag kepada setiap kanak-kanak(mempunyai pelbagai warna dan bentuk yang berlainan). Guru atau ibu bapa perlu menunjukkan pergerakan supaya mereka dapat mengikuti: meletakkan beanbag di kepala anda, dan berjalan mengelilingi bilik tanpa membiarkannya jatuh. Letakkan beanbag di bahu, lengan, siku, kaki anda. Letakkan di belakang, dan merangkak di sekitar bilik. Meletakkannya di lantai, dan melompat di atasnya. Duduk di beanbag anda. Roll atas bantal. Melemparkannya ke udara, dan menangkapnya dengan kedua tangannya. Menggabungkan kegiatan beanbag dengan pita.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment