Friday, March 26, 2010

Rumusan

Secara kesimpulannya pergerakan memainkan peranan penting dalam membantu pergerakan setiap manusia, tidak kira seseorang itu dewasa, tua mahupun kanak-kanak. Dengan adanya pergerakan sesorang itu dapat berubah kedudukannya dari satu tempat ke tempat yang lain. Di samping itu juga, seseorang itu juga dapat berub ah kedudukannya dari satu arah ke arah yang lain.

Melalui kanak-kanak pula, pelbagai aktiviti dan permainan boleh dilakukan dengan adanya pergerakan. Hasil daripada itu, ini dapat mendedahkan kanak-kanak dengan peluang untuk meneroka ruang sekeliling mereka. Di samping itu, pergaulan kanak-kanak dengan rakan sebaya mereka dapat membuktikan lagi bahawa pelbagai jenis pergerakan badan banyak mempengaruhi akitivit seharian kita.

Pergerakan lokomotor dan memanipulasikan peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan permainan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks.

No comments:

Post a Comment