Friday, March 26, 2010

KESEDARAN RUANG

Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti aras. Contohnya tinggi, sederhana dan rendah. Yang kedua arah. Contohnya hadapan, belakang sisi, atas dan bawah. Yang ketiga ialah aliran. Contohnya seperti awangan, lantai, lurus, berliku-liku dan zig-zag. Dan akhir sekali ialah ekstensi. Contohnya mengecil, membesar dan dekat, jauh.

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan.
Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah dalam mentontonkansesuatu pergerakan.

Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan penggunaan arah. Arah pergerakan iailah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta.

No comments:

Post a Comment