Friday, March 26, 2010

Kesedaran Terhadap Badan.

Badan sihat merujuk kepada tindak balas badan itu. Kanak-kanak ketika di alam prasekolah perlu belajar mengenai nama, tempat, dan fungsi sesuatu bahagian di badan. Tugas ini bolej dijadikan sebagai satu cabaran untuk kanak-kanak menerokai pergerakan dengan berlainan bahagian badan setiap kali digunakan. Konsep menggunakan sisi sebelah menjadi lebih jelas/terbukti dan tugas-tugas dapat dipersembahkan dengan menggunakan kedua-kedua rusuk badan. Tugas-tugas pergerakan mesti distrukturkan bagi membangunkan lagi kecekapan sehala (seorang), dua hala, dan pergerakan crosslateral :-

• Sehala : sebuah pergerakan yang menggunakan lengan dan kaki pada sebelah badan yang sama. Contoh : jalan beruang.
• Dua hala – sebuah pergerakan yang menggunakan rusuk di kedua-dua belah badan. Contoh : lompat arnab.
• Crosstarel – sebuah pergerakan yang menggunakan satu tangan dan kaki yang bertentangan pada masa yang sama. Contoh : merangkak seperti buaya.

Melalui aktiviti-aktiviti kesedaran aktiviti ini, kanak-kanak juga akan belajar untuk mengawal tindakbalas badan (memintal, meregangkan, memutar), aktiviti badan (lokomotor, nonlocomotor, manipulatif), dan membentuk badan (bulat, lurus, memutar). Kesedaran tubuh badan juga memberi tumpuan gerakan kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan. Idea ini akan menghasilkan pergerakan yang akan dilakukan oleh badan sehingga boleh terjadi pemindahan berat antara anggota badan dan keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai ketika pergerakan dilakukan oleh badan.

No comments:

Post a Comment