Friday, March 26, 2010

MUZIK DAN PERGERAKAN BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL
(INFANTS AND TODDLERS)

BAYI(INFANTS)

Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

Bagi stimulasi pendengaran bayi, Sejak lahir hingga 1 tahun, kebanyakkan bayi mula memperbaiki kemampuan mereka untuk mendengar suara atau bunyi yang berbeza di persekitaran mereka. Pada peringkat awal ini bayi perlu mendengar pelbagai bunyi dan belajar untuk menumpukan perhatian mereka. Muzik merupakan pengalaman yang tidak ternilai sebagai seorang bayi untuk meningkatkan kemahiran mendengar. Bayi juga akan memberi tindak balas iaitu melakukan pergerakan apabila mendengar muzik.


KANAK-KANAK KECIL(TODDLERS)
Apabila bayi mula membesar sebagai kanak-kanak kecil, mereka sudah boleh bergoyang, bergerak dan menari mengikut irama muzik. Kanak-kanak ini boleh bermain dengan alat muzik seperti kastenat, kerincing, tamburin dan sebagainya. Di taska, guru perlu mengajar kanak-kanak ini memainkan alat-alat muzik tersebut. Ibu bapa atau guru boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan.

Mula menari kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak sudah boleh meniru sesuatu gaya atau pergerakan bagi setiap muzik yang ditunjukkan. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa. Tahap pengfokusan kanak-kanak ini sudah mula berkembang.


PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK DAN PERGERAKAN

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bagi aktiviti dalam bilik darjah. Guru itu haruslah mempunyai daya kreativiti untuk membuat sesuatu aktiviti kanak-kanak supaya dapat menarik minat kanak-kanak di dalam kelas. Antara panduan yang boleh dilakukan oleh guru untuk aktiviti muzik dan pergerakan ini ialah guru perlu memulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak. Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema “anggota badan”. Sediakan aktiviti yang fleksibel supaya ia Nampak menarik. Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik. Akhir sekali sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti menepuk tangan, memetik jari dan menghentak kaki.

No comments:

Post a Comment