Friday, March 26, 2010

Muzik dan pergerakan untuk kanak-kanak berumur 4 – 8 tahun.

Perkembangan motor merupakan salah satu tahap yang terpenting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Kegagalan atau kelewatan untukmencapai sesuatu tahap pada peringkat ini akan memberikan kesan kepada perkembangan yang lain. Menurut Piaget, pada tahap perkembangan motor, kanak-kanak seharusnya boleh menggunakan rangsangan untuk bertindak balas dan pendapat ini disokong oleh Kail (2002) yang menyatakan bahawa pergerakan motor kanak-kanak adalah suatu elemen yang menjadi asas kepada pergerakan-pergerakan lain selain dari dapat memotivasikan kanak-kanak untuk menggunakan lebih banyak bahagian badan mereka. Aspek lokomotor merupakan sebahagian daripada elemen yang memerlukan peneguhan di peringkat awal perkembangan seseorang kanak-kanak.

Pakar Perkembangan Kanak-kanak mengatakan bahawa pergerakan kanak-kanak mempunyai kaitan dengan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor membolehkan kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut kemahuan mereka walaupun mereka berada di sesuatu tempat yang terhad untuk melakukan gerakan. Antara pergerakan bukan lokomotor ialah berjalan secara membengkok, melakukan regangan pada otot-otot badan dan membuat pusingan badan mengikut kemahuan mereka. Hal ini amat penting bagi kanak-kanak kerana ia akan menyebabkan kanak-kanak menggunakan minda mereka untuk merangka pergerakan-pergerakan tertentu mengikut tahap umur kanak-kanak itu sendiri.

Tambahan idea untuk kemahiran pergerakan lokomotor termasuklah melakukan pergerakan dalam ruang mengikut tahap-tahap tertentu seperti tahap rendah, tahap sederhana
(tengah) dan tahap tinggi. Terdapat beberapa peringkat kemahiran kanak-kanak iaitu peringkat rendah, peringkat sederhana dan peringkat tinggi. Seterusnya antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak mengikut tahap perkembangan ialah pertamanya tahap rendah. Antara aktiviti yang oleh dilakukan seperti berguling, meniarap, mengesot, berjalan sambil mengeheret kaki dan bergerak ke belakang dan ke depan (kanak-kanak berjalan).

Seterusnya ialah tahap perkembangan diperingkat sederhana. Antara aktivit-aktiviti yang boleh di lakukan oleh kanak-kanak ialah merangkak, duduk secara mengcangkung, lompat katak dan berjalan dengan menggunakan empat kaki (seperti merangkak). Pada tahap ini kanak-kanak melakukan aktiviti ini untuk memahirkan motor kasar mereka. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini kanak-kanak dapat menguatkan lagi kemahiran dalam melakukan aktiviti harian mereka. Contohnya duduk mengcangkung, kanak-kanak dapat meneruskan aktiviti semasa kanak-kanak membuang air besar di dalam tandas.

Seterusnya ialah tahap perkembangan diperingkat tinggi. Antara aktivit-aktiviti yang boleh di lakukan di tahap ini seperti kanak-kanak membuat gerak langkah seperti raksaksa, ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak melangkah dengan luas dan melatih kanak-kanak untuk berlari dengan laju. Seterusnya ialah dapat menggunakan tongkat pogo, berjalan sambil memegang bendera. Berjalan sambil memegang bendera adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak untuk mengimbangin badan mereka. Seterusnya ialah berjalan menggunakan rumput, dapat melompat dan berlari dan dapat melakukan pergerakan secara henti-henti, seperti berlari dan seterusnya berhenti.

Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi

Pergerakan memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak. Pergerakan akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dunia mereka dan ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari banyak perkara berkaitan dengan dunia mereka sendiri. Melalui pergerakan kanak-kanak dapat menunjukkan idea-idea mereka dan imiginasi mereka tanpa mengeluarkan dengan perkataan.

Pergerakan dapat menggambarkan perwatakan kanak-kanak melalui permainan. Kanak-kanak kebiasaannya bermain mengikut imaginasi mereka. Contohnya kanak-kanak bermain dengan kawan-kawan sebagai anggota polis, permainan ini mungkin wujud akibat daripada kanak-kanak itu mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang anggota polis pada suatu hari mendatang. Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi). Kanak-kanak sememangnya suka berfantasi. Kanak-kanak selalu berfantasi mengikut kemahuan mereka. Kebiasaannya kanak-kanak berfantasi apabila kanak-kanak bermain bersendririan ataupun bermain dengan kawan-kawan mereka.

Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan. Kanak-kanak dapat melakukan pergerakan seperti berjoget di iringi muzik. Hasil daripada ini kanak-kanak akan dapat menghilangkan kebosanan mereka dalam kehidupan mereka seharian. Pergerakan akan mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak sama ada mot halus mahupun motor kasar. Apabila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan. Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya. Oleh hal yang demikian kemahiran motor kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.

Muzik dan pergerakan sebagai satu permainan

Apabila adanya gabungan antara pergerakan dan muzik maka akan wujudlah satu suasana permainan yang dikenali sebagai permainan menghiburkan hati. Sebagaimana yang kita tahu kanak-kanak sememangnya tidak dapat lari dari bermain. Oleh hal yang demikian permainan di anggap sebagai satu perkara yang penting dalam perkembangan diri kanak-kanak. Selain itu, hasil gabungan muzik dan pergerakan juga dapat meningkatkan perkembangan motor kanak-kanak melalui pergerakan bertempo yang dilakukan oleh kanak-kanak. Contohnya, apabila muzik dimainkan kanak-kanak akan menari secara spontan.

Muzik dan pergerakan dan bahasa seni

Perkembangan bahasa dalam kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh guru-guru dan ibu bapa. Hal ini demikian kerana perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak banayak di pengaruhi oleh ruang sekeliling mereka. Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak. Hal ini demikian kerana nyanyian akan dapat membantu kanak-kanak membezakan antara perkatan, huruf dan suku kata. Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa. Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanak-kanak meningkatkan penguasaan bahasa mereka.

Muzik dan kemahiran membaca

Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka. Contohnya kanak-kanak menyanyi menggunakan kosa-kosa kata mudah yang terkandung di dalam sesebuah lagu. Melalui lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak menggunakan bahasa yang amat mudah di fahami dan mudah untuk kanak-kanak mengingat apa yang mereka pelajari dalam sesebuah lagu tersebut. Ini akan dapat memahirkan lagi penguasaan dalam kosa kata kanak-kanak.

Muzik, pergerakan dan matematik

Muzik memainkan peranan dalam mempengaruhi kanak-kanak untuk belajar matematik. Muzik memainkan peranan melalui aktivit kanak-kanak menghafal sifir menggunakan melodi-melodi tertentu. Bermain dengan puzzle juga dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemhiran matematik mereka. Contohnya, kanak-kanak akan belajar tentang, besar dan kecil, panjang dan pendek, tinggi dan rendah, awal dan lambat, sikit, banyak, sekali, kumpulan dan sebagainya. Contohnya kanak-kanak dapat bekerja dalam kumpulan, dan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membesar dan mengecilkan badan mereka semasa kanak-kanak melakukan aktiviti dalam kumpulan ataupun semasa kanak-kanak bermain dengan permainan puzzle.

No comments:

Post a Comment