Wednesday, April 7, 2010

BAYI(INFANTS)

Bayi selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik.

Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga.

Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.

Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.

No comments:

Post a Comment