Wednesday, April 7, 2010

PERGERAKAN MENGIKUT MUZIK

Lahir- 4 bulan (umur)

(perkembangan)
Kesedaran muzik bermula: bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan.


4- 8 bulan (umur)

(perkembangan)
Kesedaran muzik menjadi lebih aktif: bayi mula mengamati semua bunyi yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber muzik.


10-18 bulan (umur)

(perkembangan)
Kecenderungan terhadap ekspresi muzik: bayi mula menunjukkan jenis muzik yang paling disukai-mungkin pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul daripada alat-alatan-serta jelas menunjukkan ketidaksukaannya terhadap muzik yang dia tidak suka. Dia akan mengoyangkan pinggul dan bertepuk tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.


18 bulan – 2 tahun (umur)

(perkembangan)
Eksplorasi bunyi muzik meningkat: bunyi muzik di persekitaran akan memikat kanak-kanak yang bertatih. Kanak-kanak mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan mobility untuk mencari muzik yang paling disukainya. Mereka mungkin lebih suka terhadap bunyi terutamanya muzik di TV atau radio atau iklan dan mungkin akan tertarik atau terpesona apabila ahli keluarga memainkan alat muzik.


2 - 3 tahun (umur)

(perkembangan)
Mula menari: kanak-kanak pada peringkat ini berupaya untuk ‘menari’ mengikut muzik dengan menekuk lutut, berputar-putar, berayun, menghayunkan tangan, dan menganggukkan kepala. Dia lebih suka irama yang jelas, jadi kumpulan muzik atau lagu kanak-kanak. Kanak-kanak menunjukkan peningkatan kemampuan untuk menjaga masa untuk mengikuti penggunaan dalam permainan muzik yang disukainya. Sekarang kanak-kanak boleh berbaring atau duduk dengan tenang dan mendengar selama beberapa minit pada sesuatu masa.


3 1/2- 4 tahun (umur)

(perkembangan)
Ekspresi diri melalui muzik meningkat: pada tahap ini, perubahan yang ketara berlaku. Semasa mendengar, dia sudah tahu beberapa komponen-komponen yang membentuk muzik yang disukainya. Dia mungkin suka mendramatisasi lagu dan mungkin juga cuba mentafsir muzik ( misalnya, percubaan dengan irama yang berbeza). Peningkatan dapat dilihat apabila ia pandai menjada irama, walaupun tidak semuanya tepat.


4 – 5 tahun (umur)

(perkembangan)
Kemampuan untuk berkongsi pengalaman muzik: anak-anak boleh bercakap tentang muzik yang telah dicadangkan kepadanya, dan dia dapat menceritakan secara terperinci apa yang dia dengar. Ini adalah tahap ‘pendengaran aktif’. Dengan dorongan, keinginan anak untuk mendengar muzik akan meningkat.


5 – 6 tahun (umur)

(perkembangan)
Keselarasan gerak tari bermula: meningkatkan kawalan motor dan kemampuan untuk melakukan pergerakan yang serentak dengan irama muzik sebagai langkah untuk menari. Kanak-kanak mula boleh melakukan pergerakan tangan dan kaki serentak dengan muzik dan boleh melompat dengan menggunakan satu kaki dan membuat gerakan-gerakan tari berirama muzik. Kanak-kanak juga mungkin mula menunjukkan minat untuk belajar tarian.

No comments:

Post a Comment